Selamat Datang ke AEROFAIR 2014
July 17, 2014
Selamat datang ke blog AEROFAIR 2014. Kami warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAero), Universiti Sains Malaysia berbesar hati untuk sekali lagi menganjurkan program bagi menggalakkan sains dan kejuruteraan kepada pelajar sekolah menengah melalui pelbagai aktiviti berasaskan disiplin kejuruteraan aeroangkasa. Tema bagi program AEROFAIR pada tahun ini adalah "Pemodelan dan Pertandingan Penerbangan". Acara utama program tahun ini adalah hari pertandingan yang akan berlangsung pada Sabtu, 27/9/2014, di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. Hadiah-hadiah istimewa dan sijil-sijil akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang di dalam semua pertandingan. (Logo baru di atas untuk Aerofair 2014 telah dicipta oleh pelajar kami Alex Khoo Teng Lee).
Kemas kini pada 24/7/2014:
Tarikh tutup penghantaran Borang Penyertaan telah dilanjutkan kepada Rabu, 13 Ogos 2014.
Sila rujuk capaian di bawah untuk mengetahui denganlebih lanjut informasi mengenai program
- Pengenalan program
- Penganjur program
- Aturcara program
- Penyertaan sekolah
- Buletin dan esei
- Pertandingan-pertandingan di dalam program
- Bengkel pesawat ruang tertutup
Untuk makluman, kelulusan telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kepada pihak sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang untuk menyertai Program AEROFAIR 2014 ini. Sila rujuk surat rasmi ini untuk kelulusan tersebut.
(click here to read the texts in English)

