Aerofair 2017: Aerospace Discovery Centre 2017
PENDAHULUAN
- Aktiviti 1: Bengkel Sehari Memasang dan Menerbangkan Kit Kapal Terbang Kawalan Jauh yang akan diadakan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.
- Aktiviti 2: Pertandingan Mini yang akan diadakan di lokasi yang sama.
![]() |
| (1) Peserta dari seluruh Negeri Pulau Pinang yang menyertai Aerofair yang lepas |
![]() |
| (2) Banner Softcopy menggambarkan misi dan visi |
Sebagai sebuah negara yang meningkat maju, beberapa perkara penting akan diterapkan seperti berikut:
![]() |
| (3) Facebook Group Community: Aerospace Discovery Centre 2017 |
Aktiviti utama untuk Aerospace Discovery Centre adalah Kapal Terbang Kawalan Jauh. Sebagai permulaan, tahun ini kami telah buka peluang kepada 4 buah sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan dan akan dibuka kepada lebih banyak sekolah pada masa akan datang. Kapal Terbang Kawalan Jauh ini akan dijadikan sebagai pendedahan utama berkenaan elemen, pemanduan, pemasangan dan pembaikan kapal terbang.
![]() |
| (4) Kit kapal terbang untuk setiap kumpulan peserta (Skysurfer Glider) |
Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.
Aktiviti 1 adalah Bengkel Sehari Memasang dan Menerbangkan Kit Kapal Terbang Kawalan Jauh. Selepas habis sehari bengkel, murid dijangkakan akan terbangkan kapal terbang di padang sekolah masing masing dan insyaALLAH akan menarik minat kawan kawan murid yang lain. Kemudiannya kawan kawan yang berminat tadi boleh belajar simulator kapal terbang bersama pilot yang dilatih pada Aktiviti 1 dengan membuka booth semasa hari terbuka atau hari kantin. Kemahiran ini juga boleh disampaikan kepada komuniti lain melalui aktiviti aktiviti inisiatif murid dan guru sendiri.
![]() |
| (5) Sebuah kapal terbang kawalan jauh yang sudah disiapkan |
Terhempas? Kami juga menjangkakan untuk kapal terbang ini terhempas semasa penerbangan oleh murid, oleh itu, murid perlu usaha untuk membaiki kapal terbang tersebut. Di sini, murid boleh berhubung dengan kami samada di Facebook Aerospace Discovery Centre atau datang terus ke USM.
Dari sini, dua perkara yang penting untuk hala tuju ini berjaya dan mencapai objektif yang kami gariskan kepada setiap sekolah ialah:
1. Bahan pembelajaran yang mencukupi dibekalkan kepada semua sekolah yang menyertai program Aerofair 2017 untuk mereka belajar dan faham berkenaan "Basic Science of Flight", teknik yang praktikal untuk pemasangan kapal terbang, penerbangan dan pembaikan kapal terbang ini.
2. Mentor dan bantuan daripada guru dan kami dari USM untuk membantu peserta dalam pembelajaran mereka khususnya untuk pertandingan mini tetapi tidak terhad kepada itu.
![]() |
| (6) Salah satu daripda objektif yang akan dicapai oleh peserta pada kali ini. |
Kami telah menetapkan untuk 4 kumpulan yang proaktif dan sesuai dengan keperluan teknikal penerbangan untuk menyertai aktiviti kali ini. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 5 orang murid dan 1 orang guru sebagai penasihat sains yang bermotivasi tinggi. Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan akan memaklumkan kepada sekolah sekolah unik ini yang terpilih dalam masa terdekat.
Kita akan teruskan dengan pemakluman kepada semua berkenaan aktiviti aerospace outreach ini di dalam posting akan datang! Tunggu!
8/6/2017 (PEMILIHAN 4 SEKOLAH)
![]() |
| (7) Perbincangan bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan pada 8 jun 2017 |
![]() |
| (8) Kumpulan penggerak jalinan usahasama Aerospace DIscovery Centre 2017 dan PPD Seberang Perai Selatan |
Pada tarikh ini, satu taklimat telah diadakan kepada wakil guru dan sekolah yang telah terpilih untuk menyertai program Aerofair 2017. Senarai 4 sekolah yang telah terpilih untuk menyertai program aerofair 2017 adalah:
1. SMK SIMPANG EMPAT
2. SMK TUANKU ABDUL RAHMAN
3. SMK TASEK
4. SMK AGAMA SYEIKH ABDULLAH FAHIM
Tahniah diucapkan kepada 4 sekolah ini yang terpilih untuk bersama kita pada program kali ini. Guru guru yang telah hadir untuk mendengar taklimat daripada saya selaku ketua projek ialah:
1. Cikgu Mohd Firdaus Mohd Hasnu (SMK SIMPANG EMPAT)
2. Cikgu Isyraf Abdul Rahman (SMK TUANKU ABDUL RAHMAN)
3. Cikgu Mohd Zaifahmi Zainol (SMK TASEK)
4. Cikgu Rosmawati Ahmad (SMK AGAMA SHEIKH ABDULLAH FAHIM)
Hasil dari penerangan tersebut, semua sekolah dapat memahami misi dan visi Aerofair 2017 pada kali ini. Selepas ini kita akan dapat penyertaan daripada murid ke dalam komuniti Aerospace Discovery Centre 2017 di facebook.
Terima kasih kepada Cikgu Fatin Nadzirah dan Cikgu Mohd Fahmi dari PPD SPS kerana membantu pengurusan tempat dan panggilan kepada guru terlibat. Tidak lupa juga kepada En Amir dan En Shukri yang telah membantu dari segi teknikal dan Q&A sepanjang sepagi taklimat kepada hadirin terlibat.
Terima kasih. Wassalam.
![]() |
| (9) Sesi bergambar bersama guru dan staf terlibat |
20/6/2017 (TERIMA KASIH PENANG EDUCATION COUNCIL C/O PENANG INSTITUTE)
Dengan dana yang diberikan oleh Penang Education Council, pihak pembekal telah dapat menguruskan pembelian kelengkapan untuk Aerofair 2017 kali ini. Gambar gambar di bawah adalah keseluruhan peralatan yang akan digunakan untuk pengajaran penggunaan simulator, penerbangan rc plane dan penerbangan fpv.
![]() |
| (10) Video transmitter 5.8 ghz 600 mw dan FPV Camera untuk dipasang kepada Kapal Terbang RC yang akan memberikan pandangan aerial yang menarik dari udara |
![]() |
| (11) Charger bateri Lithium Polymer untuk ketiga tiga bateri (Skysurfer, FPV dan Remote Control) |
![]() |
| (12) Goggles VR007 untuk digunakan oleh murid semasa penerbangan kapal terbang atau sebagai view kepada rakan. |
![]() |
| (13) Simulator rc |
![]() |
| (14) Set Skysurfer berwarna merah dan biru |
![]() |
| (15) Sesuai untuk fliers baru |
![]() |
| (16) Tahniah kepada 4 buah sekolah yang terpilih |
Ditulis oleh:





















