Pertandingan

June 10, 2014


Tiga pertandingan akan diadakan di AEROFAIR 2014: Pesawat Ruang Tertutup (Indoor Flight), Pemodelan Rangka Pesawat (Airframe Modeling), dan Pelancaran Roket (Rocket Launching). Hari Pertandingan akan dijalankan bermula 8.30 am hingga 1.30 pm pada Sabtu, 27/9/2014 di bangunan Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA). Hadiah-hadiah istimewa dan sijil-sijil akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang dalam setiap kategori.

Semua sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang dijemput untuk menghantar pasukan-pasukan terdiri dari 4 orang pelajar setiap pasukan untuk menyertai mana-mana pertandingan. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 boleh menyertai pertandingan-pertandingan ini dan setiap pasukan boleh terdiri daripada pelajar dari mana-mana Tingkatan. Setiap sekolah boleh menghantar sebanyak 2 pasukan untuk setiap pertandingan. Walaubagaimanapun, penyertaan setiap sekolah mungkin terpaksa dikurangkan sekiranya jumlah kesemua peserta di AEROFAIR 2014 melebihi 300 orang.

Maklumat tambahan disediakan di bawah bagi setiap pertandingan:
  1. Pesawat Ruang Tertutup: Satu pertandingan membina pesawat kecil dan ringan dibuat dari kayu balsa dan plastik pembungkus yang diterbangkan untuk mencapai masa penerbangan paling lama. Bagi pertandingan Pesawat Ruang Tertutup, kami akan mengadakan satu bengkel setengah hari pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, sebulan sebelum hari pertandingan.
  2. Pemodelan Rangka Pesawat: Satu pertandingan membina model rangka struktur pesawat menggunakan bahan-bahan murah dan/atau kitar-semula. (Pemenang AEROFAIR 2012: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika cantik pesawat Wright Brothers yang terkenal).
  3. Cabaran Roket Air: Satu pertandingan membina roket air yang dilancarkan menggunakan tekanan udara yang mendarat kembali menggunakan payung udara untuk mencapai penerbangan paling lama.
Gambar di bawah ialah pemenang AEROFAIR 2012 di dalam kategori Pemodelan Rangka Pesawat: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika mereka yang cantik bagi pesawat terkenal Wright Brothers.

(click here to read the texts in English)

Read more...

Pertandingan Pesawat Ruang Tertutup

June 9, 2014


Pengenalan
Pesawat ruang tertutup tergolong dalam kategori kapal terbang ringan yang dikuasakan oleh gelang getah dan diterbangkan tanpa menggunakan alat kawalan jauh. Salah satu tujuan penghasilan kapal terbang ini adalah untuk memaksimumkan masa penerbangan, dengan masa penerbangan selama 40 minit telah berjaya dicatatkan pada pertandingan peringkat antarabangsa. Kapal terbang ini dihasilkan menggunakan bahan yang murah dan ringan, kebiasaannya kayu balsa dan filem plastik nipis dan direka untuk terbang dalam bulatan. Gelang getah digunakan untuk memusingkan kipas seterusnya menggerakkan kapal terbang ke hadapan dan ke atas. Apabila kuasa pusingan gelang getah telah kurang, kapal terbang akan mula menurun. Untuk memaksimumkan masa penerbangan dalam kawasan yang terhad, kapal terbang biasanya direka untuk terbang dalam bulatan.

Sila lihat di bawah untuk video-video pesawat ruang tertutup:
  1. Japanese Indoor Aero Club
  2. Double Whammy Indoor Flight
  3. Japanese Indoor Flight and Flapping Wing
  4. Indoor Flight Competition in a US School
  5. F1D Aeromodelismo Indoor Flight
Laman-laman web di bawah pula menerangkan bagaimana untuk mereka dan membina pesawat ini:
  1. Science Olympiad Wright Stuff Event Construction Tips
  2. The Double Whammy Construction Article
  3. The Penny Plane Construction Article
  4. Build a Balsa Wood Rubber Band Model Airplane
  5. How to Build a Rubber Powered Model Airplane
  6. How to Make a Rubber Band Plane in 6 minutes
Anda boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai pesawat ruang tertutup secara umum dengan melayari enjin carian menggunakan kata kunci “Indoor Flight F1D”, atau membaca mengenainya menerusi laman Freeflight.org.

Bengkel
Bengkel separuh hari untuk Pesawat Ruang Tertutup akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, sebulan sebelum hari pertandingan. Maklumat lanjut berkenaan tarikh bengkel boleh di dapati di laman Aturcara Program. Sarapan pagi dan makan tengahari percuma akan disediakan kepada semua peserta.

Di bengkel tersebut, pelajar akan mempelajari asas sains penerbangan dan konsep asas untuk mereka pesawat ruang tertutup. Dalam waktu yang sama, demonstrasi proses pembinaan pesawat ini akan dilakukan dan para pelajar berpeluang menghasilkan sendiri beberapa bahagian pesawat mereka. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan bahan-bahan yang diperlukan (percuma) supaya pelajar dapat menghasilkan beberapa model pesawat sekembali ke sekolah masing-masing sebelum hari pertandingan.

Pertandingan
Pertandingan pesawat ruang tertutup akan dijalankan pada pagi Sabtu, 27/9/2014, di Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), USM Engineering Campus, dengan ruang sebesar 24m x 20m x 8m (ketinggian purata). Kriteria pertandingan yang akan dinilai adalah masa penerbangan maksimum, dikira dari mula penerbangan sehingga kapal terbang tersebut menyentuh lantai. Kumpulan yang mencatatkan masa penerbangan paling lama dikira sebagai pemenang. Setiap kumpulan dibenarkan membawa masuk seberapa banyak pesawat ruang tertutup ke dalam pertandingan, tetapi diberi hanya 3 kali percubaan penerbangan menggunakan mana-mana pesawat mereka untuk mendapatkan catatan masa penerbangan terbaik.

(click here to read the texts in English)

Read more...

Pengenalan kepada AEROFAIR 2014


Pengenalan
Program AEROFAIR USM 2014 anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAero) Universiti Sains Malaysia (USM) dibiayai oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Institut Pulau Pinang, di bawah agenda Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST). Di bawah agenda tersebut, beberapa program termasuk AEROFAIR 2014 dianjurkan untuk menggalakkan dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).Program AEROFAIR anjuran PPKAero USM telah dijalankan hampir setiap tahun seawal tahun 2006 dengan jumlah penyertaan yang besar daripada pelajar dan guru sekolah menengah seluruh Pulau Pinang.

Isu Nasional terhadap Pembelajaran Sains
Di Malaysia, masalah kurang minat pelajar terhadap bidang STEM semakin menjadi isu utama negara. Malaysia telah menyasarkan nisbah pengambilan pelajar sebanyak 60% aliran sains berbanding 40% aliran sastera. Namun kini, kira-kira 20% pelajar sahaja yang mengambil bidang sains semasa di Tingkatan 4 (contohnya, seperti yang dilaporkan oleh The New Straits Times pada November 2012 dan juga di dalam dokumen Malaysia Education Blueprint 2013-2025). Salah satu punca permasalahan ini adalah kerana kurangnya aktiviti-aktiviti yang dapat menimbulkan minat dan keseronokan untuk pelajar mempelajari dan menerokai ilmu sains di awal persekolahan menengah. Kajian yang telah dilakukan oleh Oon dan Subramaniam pada tahun 2011 menunjukkan bahawa pelajar menganggap subjek sains terutamanya fizik dan matematik sebagai bosan, susah, abstrak dan tidak relevan kepada dunia realiti. Usaha perlu dilipatgandakan bagi mengatasi masalah ini secara lestari.

Menggalakkan Sains Melalui Aktiviti-Aktiviti Sains Aeroangkasa
Untuk menangani masalah di atas, penganjuran AEROFAIR 2014 adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan subjek sains dan matematik menerusi penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti menyeronokkan berteraskan kejuruteraan aeroangkasa. Di PPK Aero, kami mempunyai peluang terbaik dalam menggalakkan pembelajaran subjek STEM kerana faktor “keseronokan” sains aeroangkasa itu sendiri yang memperlihatkan keterujaan masyarakat umum, khususnya para pelajar terhadap objek upaya terbang. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar akan lebih cenderung dan menghayati sains sekiranya mereka berpeluang melalukan aktiviti yang bersifat praktikal dan nyata semasa proses pembelajaran supaya mereka dapat “melihat” sains, bukan sekadar menghafal formula dan teori untuk menjawab peperiksaan. Inilah yang kami harapkan melalui penganjuran AEROFAIR 2014 - untuk melibatkan pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Tiga aktiviti dan pertandingan yang menjadi pengisian utama program telah dirancang – Pesawat Ruang Tertutup (Indoor Flight), Pemodelan Rangka Pesawat (Airframe Modeling), dan Cabaran Roket Air (Water Rocket Challenge).

Objektif Program
Program AEROFAIR 2014 mengandungi 3 objekti futama:
  1. Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui pembelajaran kendiri, kerja kumpulan dan pertandingan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sains aeroangkasa.
  2. Untuk menilai pendapat guru dan pelajar mengenai pembelajaran sains dan juga program AEROFAIR melalui kaji selidik dan tulisan esei.
  3. Untuk mengekalkan impak program menerusi penerbitan buletin pasca PPST agar dapat dikongsikan hasil dan pencapaian program kepada umum.
(click here to read the texts in English)

Read more...

Indoor Flight Competition


Introduction
Indoor Flight is a category of light-weight indoor planes powered by rubber bands and flown without any remote controls. The aim of building one of these planes is to maximize its flight time, with flight times ranging from 1 to 5 minutes for beginners, and achieving more than 40 minutes in international competitions. These planes are built from cheap and light materials, normally balsa woods and thin plastic films. The rubber band is used to rotate the propeller to thrust the plane forward and upward. Once the band looses its power, the plane begins to descend. To maximize the flight time within a confined area, the plane is typically designed to fly in circles.

Check out below for some videos of their graceful flights.
  1. Japanese Indoor Aero Club
  2. Double Whammy Indoor Flight
  3. Japanese Indoor Flight and Flapping Wing
  4. Indoor Flight Competition in a US School
  5. F1D Aeromodelismo Indoor Flight
These websites below explain how to design and build an indoor flight:
  1. Science Olympiad Wright Stuff Event Construction Tips
  2. The Double Whammy Construction Article
  3. The Penny Plane Construction Article
  4. Build a Balsa Wood Rubber Band Model Airplane
  5. How to Build a Rubber Powered Model Airplane
  6. How to Make a Rubber Band Plane in 6 minutes
You can learn more about indoor flight in general by searching for the term “Indoor Flight F1D”, or start reading about it from the Freeflight.org website.

Workshop
We will conduct a half-day workshop for the Indoor Flight competition on Saturday, 23 August 2014, a month before the competition. More details can be read in the Program Schedule page. Free breakfast and lunch will be provided for all participants.

During the workshop, students will learn about the basic science of flight and the basic concepts of designing an indoor plane. We will demonstrate the actual process of building an indoor plane and students will get to do hands-on activities to build some parts of their planes during the workshop. Each school will be given all the materials needed (for free) so they can design and build a few of their own planes at their schools before the competition.

Competition
The indoor flight competition will be conducted on the morning of Saturday, 27/9/2014, in the Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), USM Engineering Campus, with a space of 24m x 20m x 8m (average height). There is only one criteria to win this indoor flight competition: longest flight time, counted from the beginning of the flight until the plane touches the ground. Each team can enter any number of indoor planes into the competition, but can have a maximum of 3 flight trials using any planes they have to get the best flight time. (But the number of trials may be reduced depending on the number of entries for this competition).

(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

Competitions


There will be three competitions for this year’s AEROFAIR event: Indoor Flight, Airframe Modelling, and Rocket Launching. The competition event day will be held from 8.30 am to 1.30 pm on Saturday, 27/9/2014 at the Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA) building. Special prizes and certificates will be awarded to winners in each category.

All secondary schools in Pulau Pinang are invited to send teams of 4 students to enter any of these competitions. All students from Form 1 to Form 5 can participate in these competitions and each team can be made up of students from any Forms. Each school can send as many as 2 teams to apply to enter each competition. However, the entry per school may be reduced if the total number of applications exceed the maximum of 300 participants at AEROFAIR 2014.

Further details are given below for each competition:
  1. Indoor Flight: A competition to build small light-weight airplanes made from balsa-wood and plastic wrappers and fly to achieve the longest flight time. For the Indoor Flight competition, we will organize a half-day workshop on Saturday, 23 August 2014, a month before the competition day.
  2. Airframe Modeling: A competition to build skeletal models of airplane structures using cheap and/or reusable materials. (AEROFAIR 2012 winner: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang with their beautiful replica of the Wright Brothers’ famous airplane).
  3. Water Rocket Challenge: A competition to build water rockets launched with blasts from air pressure that parachute back to the ground to achieve the longest flight time.
The picture below is the winner of our AEROFAIR 2012 in the Airframe Modeling category: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang with their beautiful replica of the Wright Brothers’ famous airplane.

(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT

Back to TOP