July 19, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Julai sehingga oktober, adalah waktu yang diberikan kepada setiap sekolah untuk penerbangan sebenar. Oleh itu kami telah mengadakan beberapa tutorial untuk penerbangan Skysurfer seperti di bawah.

Sebelum kita tonton lebih lanjut kepada video di bawah, setiap pilot dan ground crew mestilah memastikan supaya perkara berikut dilakukan sebelum penerbangan.

Senarai Semak Sebelum Penerbangan:

1. Memastikan bateri alat kawalan jauh, bateri kapal terbang dan bateri FPV dalam keadaan baik dan dicas sepenuhnya. Kesemua bateri mestilah di dalam lingkungn 12.6 volt untuk kuasa keseluruhan bateri atau 4.20 untuk setiap sel bateri. 

2. Memastikan Control surfaces (Aileron, Elevator, Rudder) dalam keadaan yang sepatutnya seperti gambar di bawah.


Elevator adalah bahagian yang akan menaik dan menurunkan kapal terbang dan digunakan semasa kapal terbang berlepas dan mendarat. Perhatikan pergerakan control surfaces berikut dan perhatikan bagaimana keadaan kapal terbang hasil daripada pergerakan elevator tersebut. (link).

Aileron pula adalah bahagian yang akan membuat pergerakan Roll kepada kapal terbang tersebut. Perhatikan pergerakan Aileron di kiri dan kanan kapal terbang, di mana perubahan pada control surfaces tersebut akan memberikan perubahan keadaan kapal terbang tersebut. (link)

Rudder pula adalah bahagian yang terletak di bahagian sirip menegak kapal terbang. Pergerakan pada Rudder akan memberikan perubahan keadaan kapal terbang kepada Yawing. Perhatikan perubahan pada bahagian rudder ini akan memberikan perubahan yang berbeza kepada kapal terbang tersebut. (link). Penggunaan Rudder adalah jarang digunakan untuk kes kita pada kali ini. 



Adakah Kapal Terbang kita mempunyai pergerakan seperti yang kita inginkan? 

3. Memastikan padang sekolah tiada manusia, haiwan atau aktiviti aktiviti seumpamanya untuk mengelakkan pelanggaran kepada objek tersebut.

4. Memastikan cuaca adalah baik dan tiada angin yang kuat seperti keadaan hari hampir kepada suasana hujan.

5. Memastikan Alat Kawalan di hidupkan terlebih dahulu. Memastikan Throttle Stick dalam keadaan minimum. Kapal terbang di pegang di bahagian hadapan. Dan selepas itu barulah bateri di kapal terbang dihidupkan. Minta bantuan rakan.

6. Sambungkan Lipo Battery Checker kepada bateri kapal terbang dan masukkan ke bahagian compartment. Lipo Battery Checker perlu dipastikan disetkan kepada 3.6 v.

7. Memastikan canopy ditutup dengan rapi. Boleh gunakan selotape untuk melekatkannya supaya tidak tercabut semasa penerbangan.

8. Memastikan Control Surfaces iaitu (Aileron, Rudder, dan Elevator) berada dalam keadaan sekata dengan bahagian kapal terbang iaitu Aileron sekata dengan sayap kiri dan kanan, Rudder Sekata dengan Sayap Ekor Menegak, dan Elevator sekata dengan Sayap Ekor Mendatar. Gunakan trim di alat kawalan jauh untuk membuat pembetulan.

9. Minta rakan untuk memegang kapal terbang di bahagian bawah sayap, betul di bawah wayar servo aileron. Kerana di sinilah kapal terbang itu seimbang. Memastikan kapal terbang seimbang. Menghalakan kapal terbang 40 darjah ke atas.

Senarai Semak Semasa Penerbangan

1. Pilot dipastikan berada di belakang kapal terbang.

2. Menaikkan Throttle seperti di dalam video. 

3. Rakan akan membaling seperti membaling tombak secara menegak 40 darjah ke atas.

4. Lihat video di bawah.




Ini adalah bahagian pertama yang disarankan kepada peserta. Memastikan kapal terbang berada dalam keadaan bersedia. Penerbangan yang stabil iaitu level wing disarankan dengan mengawal Aileron dengan mengawal stick di alat kawalan. Penggunaan Elevator adalah dimestikan supaya kapal terbang meluncur dalam keadaan stabil selepas throttle stick diturunkan kepada keadaan minimum. Seterusnya memastikan kapal terbang mendarat dengan keadaan stabil seperti di dalam video disertakan.


Ini adalah bahagian kedua di mana, selepas peserta berjaya pada bahagian pertama, peserta boleh membuat pusingan U seperti di dalam video tersebut dengan mengawal stick aileron dan stick elevator dan seterusnya mendarat dengan menurunkan throttle. Untuk kali ini, ketingginan selamat adalan dengan memastikan anda mengawal penerbangan tersebut tinggi sedikit daripada tiang gol dan tidak melebihi bangunan atau pokok di sekeliling.

Senarai Semak Selepas Penerbangan

1. Memastikan throttle stick di bahagian minimum untuk mengelakkan kipas hidup secara tidak sengaja.

2. Rakan boleh buka kanopi dan putuskan sambungan bateri di kapal terbang sebagai satu langkah keselamatan standard.

3. Setelah perkara 1 dan 2 dipastikan telah dilakukan, pilot turn off alat kawalan.

4. Memasukkan bateri Lipo ke dalam tempat simpanan.

5. Bersihkan kapal terbang daripada rumput dan kotoran.

6. Pegang kapal terbang di bahagian bawah badan kapal terbang dan ekor menghadap ke hadapan. (untuk mengelakkan kipas dekat dengan bahagian badan).

7. Simpan kapal terbang di tempat yang selamat. 




Read more...

Aerofair 2017 : Aktiviti 1 Selesai

July 16, 2017

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua viewers, Aktiviti 1 untuk Aerofir 2017 telah diadakan pada 10 Julai 2017, Isnin, dari pukul 7.30 pagi sehingga 4.00 petang. Sebanyak 4 buah sekolah yang telah tersenarai seperti di dalam link ini telah hadir bersama 5 orang murid dan guru pengiring. Kehadiran ini sangat baik kerana semua sekolah yang terpilih hadir pada ketetapan tersebut. Seramai 20 orang murid, 6 guru pengiring, 8 orang krew teknikal Aerial System Robotic Team (ASRO), 1 orang jemputan khas dari Perpustakaan USM (En Jamil Kassim), dan Ahli jawatankuasa Aerofair telah hadir pada tarikh tersebut.

Terima kasih kepada Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, iaitu Cikgu Fatin Nadzirah dan Cikgu Fahmi juga hadir untuk memantau aktiviti yang julung kali diadakan secara bersama dengan PPK Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.


Wakil daripada Penang Education Council iaitu penyumbang dana kepada aktiviti Aerofair 2017 juga hadir iaitu Pn Fatimah, Pn Shafawati, dan seorang lagi pegawai pada pagi hari tersebut. Mereka datang dari Pulau Pinang untuk melihat, merasai dan memberikan semangat kepada aktiviti kami ini.



Aktiviti 1 kali ini dimulai dengan ucapan selamat datang dari Pengarah Projek dengan menerangkan objektif dan perjalanan program untuk hari ini. Ucapan terima kasih kepada ajk aerofair 2017 dan ucapan terima kasih kepada guru guru yang berusaha untuk mengumpulkan murid dari setiap sekolah dan hadir pada hari tersebut seperti tentatif yang telah ditetapkan demi untuk menyemai STEM secara teori dan praktikal kepada peserta. 

Peserta juga memberikan kerjasama yang amat baik dengan memahami taklimat yang diberikan khususnya mengenai misi dan visi projek ini.



Selepas sarapan pagi, Dr Ahmad Faizul Hawary, Pensyarah merangkap ketua makmal mekanik penerbangan telah memberikan satu kelas teori asas sistem kapal terbang kawalan jauh dan asas penerbangan sebuah kapal terbang tanpa pemandu. Beliau adalah sukarelawan untuk Aerofair 2017 dan dengan ikhlas hati memberikan penerangan yang sangat dinamik dan bersistematik terhadap kapal terbang rc dan sistem yang terlibat melalui penyampaian santai dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan sepanjang taklimat tersebut.




Selesai penerangan tersebut, setiap kumpulan telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 2 orang untuk simulasi penerbangan manakala 3 orang selebihnya untuk pemasangan kapal terbang dan set FPV. Setiap kumpulan ini juga mempunyai seorang mentor yang berpengalaman untuk memberikan tunjuk ajar kepada perkara yang diperlukan khususnya dari segi teknikal dan teori. Cikgu cikgu juga kelihatan berminat dan menyertai pemasangan kapal terbang bersama pelajar. Untuk pemilihan kumpulan ini, mereka telah diberikan kebebasan untuk mereka memilih bahagian mana yang patut mereka sertai.

Seperti contoh, jika mereka bercita cita dan berazam untuk menjadi seorang juruterbang, mereka boleh memilih untuk berada di kumpulan simulasi penerbangan. Manakala yang lain memilih untuk menjadi jurutera atau juruteknik, khususnya di bahagian teknikal, mereka boleh memilih untuk berada di kumpulan pemasangan kapal terbang. 


 Simulator Penerbangan

Seperti yang dirancangkan, 4 buah set kapal terbang kawalan jauh telah disediakan untuk 4 buah sekolah. Set kapal terbang berjenis Skysurfer bergred Ready - to - fly mempunyai semua kelengkapan untuk membolehkan kapal terbang ini terbang selepas pemasangan di buat. 

Set ini didatangkan bersama alat kawalan jauh, 4 channel, dan bateri lithium polimer untuk kapal terbang dan alat kawalan jauh. Ianya juga dilengkapi dengan brushless motor dan electronic speed controller sebagai bahan kuasa pesawat yang mempunyai kipas di belakang.

Penggunaan Aileron, Rudder, Elevator dan Thrust membolehkan ianya untuk terbang menyamai kapal terbang sebenar bersifat asas.

Pada sesi ini, setiap peserta dapat menyiapkan pemasangan kapal terbang tersebut dalam masa 2 jam. Pemasangan sistem FPV di kapal terbang juga dapat disiapkan dalam selang masa yang sama. 


Simulator Penerbangan

Simulator penerbangan adalah satu pembelajaran yang efektif untuk seseorang mengawal pesawatnya. Seorang juruterbang komersil juga perlu melalui ujian simulator penerbangan untuk membiasakan dirinya dengan kawalan pesawat yang akan dikendalikannya khususnya di waktu kecemasan. Untuk aktiviti ini, teori dan praktikal untuk pembelajaran penerbangan menggunakan simulator telah diadakan kepada bakal penerbang pesawat ini. Asas keselamatan iaitu do's and dont's sebelum, semasa dan selepas penerbangan juga diberikan kepada pelajar. Contoh adalah seperti dengan memastikan keadaan padang yang luas, dan tiada hidupan seperti manusia dan haiwan di atas padang. Memastikan throttle diletakkan di bahagian minimum dan hanya dikawal oleh seorang juruterbang yang terlatih.

Sistem Phoenix RC dan alat kawalan diberikan kepada setiap sekolah membolehkan mereka untuk berlatih di sekolah mereka. Mereka juga diberikan peluang untuk membuka satu booth dengan menggunakan simulator ini dan memberikan pengajaran kepada rakan rakan mereka yang berminat dalam aktiviti aeroangkasa ini. Oleh itu, dari sini, mereka bukan hanya dapat belajar berkenaan cara yang standard berkenaan penerbangan kapal terbang RC tetapi mereka juga dapat menjadi wakil kepada USM AEROSPACE ENGINEERING SCHOOL untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakan rakan yang berminat dan ingin mengetahui bagaimana penerbangan kapal terbang rc dapat dilakukan dengan betul dan menyamai kawalan penerbangan kapal terbang sebenar.

Pada masa yang sama, mereka boleh mengenakan cas yang berpatutan kepada pengunjung dan hasil dari keuntungan yang didapati, mereka boleh menggunakannya untuk simpanan atau menggunakannya untuk membiayai penyelenggaraan kapal terbang dan simulator tersebut. Dari sini, asas keusahawanan bercirikan STEM - Aeroangkasa telah diterapkan kepada komuniti dan sekolah seperti kata pepatah melayu berbunyi, sikit sikit lama lama membukit!

Pada sebelah petang, kita telah mengadakan satu sesi taklimat keselamatan berkenaan penerbangan kapal terbang kawalan jauh dan penggunaan bateri yang selamat. Taklimat ini disampaikan oleh En Amir dan En Zaim dari Team ASRO.


Selesai sesi tersebut, mereka telah pulang ke sekolah masing masing bersama peralatan yang telah dibekalkan untuk mereka menggunakannya di sekolah beserta berkongsi idea dan kemahiran kepada rakan rakan dan guru di sekolah masing masing. Kami juga telah menetapkan untuk hadir ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan dipantau bersama oleh Pegawai PPD SPS untuk memberikan penerangan penerbangan dan membiasakan mereka untuk terbang di kawasan padang sekolah mereka. 

Semoga dengan aktiviti pada hari ini dapat menambahkan sinar kepada pemantapan STEM khususnya bidang Aeroangkasa yang telah Aerofair dan Penang Education Council usahakan sejak dari ianya mula ditubuhkan.

Bersambung di posting seterusnya.













Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT

Back to TOP