Cabaran Roket Air

June 13, 2014


Cabaran roket air ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar sekolah untuk mereka bentuk, membina dan menguji model roket air berdasarkan prinsip saintifik seperti teori pendorongan roket, aerodinamik, dan undang-undang ketiga Newton dengan matlamat mendidik pelajar sekolah mengenai sains sebenar di sebalik penciptaan roket air. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar sekolah digalakkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang sains dan kejuruteraan semasa fasa reka bentuk kerja mereka.

Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada video-video di bawah untuk belajar mengenai roket air:
  1. http://www.youtube.com/watch?v=CCwxsYWuDaU
  2. http://www.youtube.com/watch?v=ii6D1R6lXVA
Model Roket Air perlu dibina oleh pasukan yang memasuki pertandingan ini sebelum Hari Pertandingan. Hanya model yang siap dan lengkap dibina yang akan dilancarkan pada Hari Pertandingan.

Maklumat terperinci Cabaran Roket Air:
  1. Hanya satu kategori yang akan dipertandingan iaitu Roket Air bersama sistem payung terjun.
  2. Setiap model Roket Air mestilah dilengkapi dengan payung terjun. Roket tanpa sistem payung terjun akan dibatalkan penyertaannya. Payung Terjun dikehendaki disimpan di bahagian atas komponen roket.
  3. Roket perlu direkabentuk untuk membolehkannya berada diudara pada waktu yang panjang. Waktu penerbangan di udara akan direkodkan.
  4. Hanya 1.5 liter botol Coca-Cola / Sprite / F & N Minuman berkarbonat PET (Polyethylene terephthalate) yang boleh digunakan. Bahan kimia yang mudah terbakar, bahan-bahan tajam, logam, dan bahan-bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian tidak dibenarkan untuk digunakan.
  5. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan 8 atmosfera (atm)
  6. Persediaan pelancar roket air akan dilakukan oleh pihak penganjur. Pelajar hanya dibenarkan melakukan pelancaran jika dibenarkan oleh pihak penganjur.
  7. Pelancaran akan dilakukan pada sudut 90°.
  8. Setiap Roket air akan dikira masanya sebaik sahaja dilancarkan sehinggalah ketika ia jatuh di atas tanah, terbelit/tersangkut dengan objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar, terbang jauh dari pandangan juri/hakim, atau berada di udara lebih daripada 15 minit.
  9. Kriteria penghakiman adalah berdasarkan masa terpanjang yang diambil oleh roket berada di udara. Penyertaan juga dihakimi berdasarkan kreativiti dan kedalaman penyelidikan yang dijalankan ketika fasa rekabentuk. setiap pasukan perlu menyediakan dan membawa ke Hari Pertandingan sehelai poster yang mengandungi gambar menceritakan mengenai roket air mereka dan menerangkan proses pembinaan roket air mereka.
- disediakan oleh NAI -
(click here to read the texts in English)

Read more...

Water Rocket Challenge


Students can refer to the videos below to start learning about water rockets:
  1. http://www.youtube.com/watch?v=CCwxsYWuDaU
  2. http://www.youtube.com/watch?v=ii6D1R6lXVA
This water rocket challenge aims to provide a platform for school students to design, build and test a water rocket model based on scientific principles such as rocket propulsion theory, aerodynamics, and Newton’s third law with the goal of educating school students on the actual science behind the creation of water rockets. Through this competition, school students are encouraged to conduct research on science and engineering during the design phase of their work.

The water rocket models should be built by each team entering this competition prior to the Competition Day on 27/9/2014. Only completed models will be launched and evaluated on the Competition Day.

Details of the Water Rocket Challenge:
  1. Only one category shall be competed – Water rocket with parachute deployment system.
  2. Each water rocket model must be equipped with a parachute. Rockets without a parachute deployment system will be disqualified. Parachutes must be installed on the upper component of the rockets.
  3. The rocket should be designed in a way that will keep it airborne for a long amount of time. Time airborne will be noted.
  4. Only 1.5 litter Coca-Cola / Sprite / F & N Carbonated Drink PET (Polyethylene terephthalate) bottles are to be used. Combustible chemical materials, pointed materials, metal, and other harmful materials that can cause injury and death are not allowed to be used.
  5. All rockets will be launched at a launch pressure of 8 atmospheres (atm).
  6. Each team is allowed to make one (1) launch only.
  7. Setup of water rockets to the launcher will be done by the organizers only. Students are only allowed to launch their rockets with the permission of the organizers.
  8. Launches will be made at a launch angle of 90°.
  9. Each water rocket will be timed from the moment of launch right up to the moment it either falls to the ground, gets tangled up with another object like a tree or building or fence, flies out of the judges’ sight, or is airborne for more than 15 minutes.
  10. Judging criteria will be based on the longest time the water rocket is airborne. Entries will also be judged on the level of creativity, understanding and depth of research conducted during the design stage. Each team must prepare and bring to the Competition day a poster with pictures that describes about their water rocket and explain their process of building it.
- prepared by NAI -
(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

Pemodelan Rangka Pesawat

June 12, 2014

Pertandingan ini menumpukan pencapaian kemahiran seni dalam membina model skeleton pesawat terbang. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan betapa kompleksnya struktur pesawat terbang yang menerbangkan kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa ia direkabentuk sedemikian rupa. Model anda mestilah berbentuk tetulang dan ia boleh menyerupai helikopter, pesawat komersial, jet pejuang dan yang seangkatan dengannya. Model ini mestilah disiapkan sebelum anda datang pada hari pertandingan di USM. Anda tidak perlu membuatkan ia terbang kerana model anda akan dipamerkan kepada orang awam. Beberapa gambar menarik di bawah boleh dijadikan rujukan. Selamat mencuba!


Gambar di bawah ialah pemenang AEROFAIR 2012 di dalam kategori Pemodelan Rangka Pesawat: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika mereka yang cantik bagi pesawat terkenal Wright Brothers.


Garis-garis panduan untuk pertandingan ini adalah seperti di bawah:
The guidelines for this competition are given below:
  1. Bahan-bahan: Anda bebas menggunakan sebarang jenis bahan yang sesuai untuk membina model skeleton ini, samaada bahan-bahan murah atau bahan-bahan kitar semula.
  2. Dimensi: Saiz keseluruhan model tidak boleh melebihi 1 m.
  3. Kriteria penghakiman: Kriteria penghakiman adalah berdasarkan model yang mempunyai kesenian yang asli, ciptaan yang kreatif dan rekabentuk keseluruhan yang bermutu tinggi. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Sebagai permulaan, anda boleh lihat gambar-gambar pesawat awal untuk mendapat idea bagi model yang anda akan bina. Untuk melakukan ini, gunakan Google Images dan masukkan perkataan "Early Airplanes" atau Early Helicopters". Anda boleh pilih untuk bina mana-mana model yang banyak menggunakan bingkai tetulang.

- disediakan oleh NMK -
(click here to read the texts in English)

Read more...

Airframe Modeling

This competition highlights the state of the art skill in designing the airframe of flying models. The aim is to build awareness on how complex the structural of the magnificent flying machine that fly us from one place to another, as well as to increase the curiosity and interest on why it is build in such a way. The model has to be in ‘skeleton’ mode and it can be a helicopter, commercial aircraft, fighter jet and etc. The model must be made before you come for the competition day at USM. You are not required to make them fly as your skeleton model will be displayed to public as static display. Check out below for some amazing pictures of flying model skeletons.


The picture below is the winner of our AEROFAIR 2012 in the Airframe Modeling category: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang with their beautiful replica of the Wright Brothers’ famous airplane.


The guidelines for this competition are given below:
  1. Materials: Any materials can be used to construct the models, either cheap materials or recycled materials.
  2. Dimension: The overall size of the model must not exceed 1 m.
  3. Judging criteria: Judging criteria will be based on originality, overall craftsmanship, creativity of the design and the overall quality of the constructions of the models. Judges decision is final.
To get started, you can look at the images of earlier airplanes to get some idea of what models you can build. To do this, use Google Images and enter the keywords "Early Airplanes" or "Early Helicopters". You can choose to build any of the models that use a lot of skeletal frames.

- Prepared by NMK -
(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

School Participation

June 11, 2014


Download Participation Forms: as Microsoft Word or PDF files.

Update on 24/7/2014:
The deadline to send Participation Forms has been extended to Wednesday, 13 August 2014.


AEROFAIR 2014 is planned to accommodate around 300 participants consisting of secondary school students (Forms 1 to 5) and teachers. For a team size of 4 students per team (which can consists of students from any Forms), we are expecting a number of about 60 to 70 teams for the entire event. Each school is advised to send at least one accompanying teacher per 2 teams of students.

Participation forms that have been completed can be sent to the organizer (School of Aerospace Engineering, USM) either by fax or email. The contact information (address, telephone, fax, and emails) is provided in the participation form. Please submit the participation form on or before 25 July 2014. We have extended the deadline to send Participation Forms to Wednesday, 13 August 2014.

The names of the schools in Pulau Pinang that will participate in AEROFAIR 2014 will be shown here.

Update on 13/8/2014 - List of schools participating:
We thank you very much for your participation in this outreach program!

Indoor Flight Competition (19 teams):
  1. SMK Permai Indah, Bukit Mertajam (1 team)
  2. SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas (1 team)
  3. SMK Bakti, Tasek Gelugor (1 team)
  4. SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam (1 team)
  5. SMK Penanti, Kubang Semang (1 team)
  6. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown (1 team)
  7. SMK Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 team)
  8. SMK Kepala Batas, Kepala Batas (1 team)
  9. MRSM Balik Pulau, Balik Pulau (2 teams)
  10. SMJK Perempuan China, Georgetown (2 teams)
  11. SMKA Al Mashoor (Lelaki), Georgetown (1 team)
  12. MRSM Transkrian, Nibong Tebal (1 team)
  13. MRSM Kepala Batas, Kepala Batas (2 teams)
  14. SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal (1 team)
  15. SMK Seri Nibong, Nibong Tebal (1 team)
  16. SMK Tinggi Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 team)
Airframe Modeling Competition (16 teams):
  1. SMJK Chung Ling, Georgetown (2 teams)
  2. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown (1 team)
  3. SMK Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 team)
  4. SMK Kepala Batas, Kepala Batas (1 team)
  5. MRSM Balik Pulau, Balik Pulau (1 team)
  6. SMJK Perempuan China, Georgetown (2 teams)
  7. SMKA Al Mashoor (Lelaki), Georgetown (1 team)
  8. MRSM Transkrian, Nibong Tebal (1 team)
  9. MRSM Kepala Batas, Kepala Batas (2 teams)
  10. SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal (2 teams)
  11. SMK Seri Nibong, Nibong Tebal (1 team)
  12. SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Jawi (1 team)
Water Rocket Competition (22 teams):
  1. SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas (1 team)
  2. SMJK Chung Ling, Georgetown (2 teams)
  3. SMK Bakti, Tasek Gelugor (1 team)
  4. SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam (1 team)
  5. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown (1 team)
  6. SMK Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth (1 team)
  7. SMK Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 team)
  8. SMK Penanti, Kubang Semang (1 team)
  9. MRSM Balik Pulau, Balik Pulau (2 teams)
  10. SMJK Perempuan China, Georgetown (2 teams)
  11. SMKA Al Mashoor (Lelaki), Georgetown (1 team)
  12. SMK Simpang Empat, Simpang Ampat (1 team)
  13. MRSM Kepala Batas, Kepala Batas (2 teams)
  14. SMK Tasek, Simpang Ampat (1 team)
  15. SMK Tinggi Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 team)
  16. SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal (2 teams)
  17. SMK Seri Nibong, Nibong Tebal (1 team)
(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

Penyertaan Sekolah


Muat-turun Borang Penyertaan: sebagai Microsoft Word atau PDF fail.

Kemas kini pada 24/7/2014:
Tarikh tutup penghantaran Borang Penyertaan telah dilanjutkan kepada Rabu, 13 Ogos 2014.


AEROFAIR 2014 telah dirancangkan untuk menerima sebanyak lebih kurang 300 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) dan guru-guru pengiring. Untuk sebuah pasukan terdiri daripada 4 orang pelajar (yang boleh dianggotai oleh pelajar dari mana-mana Tingkatan), kami menggarkan sebanyak 60 hingga 70 pasukan untuk keseluruhan program. Setiap sekolah dinasihati untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang guru pengiring bagi setiap 2 pasukan.

Borang-borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada pihak penganjur (Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, USM) samaada melalui faks atau emel. Maklumat perhubungan (alamat, telefon, faks, dan emel) boleh didapati di borang penyertaan. Sila hantar borang penyertaan ini sebelum atau pada 25 Julai 2014. Kami telah melanjutkan tarikh tutup penghantaran Borang Penyertaan kepada Rabu, 13 Ogos 2014.

Nama-nama sekolah di Pulau Pinang yang akan menyertai program AEROFAIR 2014 akan di papar di sini.

Kemaskini 13/8/2014 - Senarai sekolah-sekolah yang akan terlibat:
Kami amat berterima kasih di atas penyertaan anda di dalam program outreach ini.

Pertandingan Pesawat Ruang Tertutup (19 pasukan):
  1. SMK Permai Indah, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  2. SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas (1 pasukan)
  3. SMK Bakti, Tasek Gelugor (1 pasukan)
  4. SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  5. SMK Penanti, Kubang Semang (1 pasukan)
  6. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown (1 pasukan)
  7. SMK Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  8. SMK Kepala Batas, Kepala Batas (1 pasukan)
  9. MRSM Balik Pulau, Balik Pulau (2 pasukan)
  10. SMJK Perempuan China, Georgetown (2 pasukan)
  11. SMKA Al Mashoor (Lelaki), Georgetown (1 pasukan)
  12. MRSM Transkrian, Nibong Tebal (1 pasukan)
  13. MRSM Kepala Batas, Kepala Batas (2 pasukan)
  14. SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal (1 pasukan)
  15. SMK Seri Nibong, Nibong Tebal (1 pasukan)
  16. SMK Tinggi Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 pasukan)
Pertandingan Pemodelan Rangka Pesawat (16 pasukan):
  1. SMJK Chung Ling, Georgetown (2 pasukan)
  2. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown (1 pasukan)
  3. SMK Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  4. SMK Kepala Batas, Kepala Batas (1 pasukan)
  5. MRSM Balik Pulau, Balik Pulau (1 pasukan)
  6. SMJK Perempuan China, Georgetown (2 pasukan)
  7. SMKA Al Mashoor (Lelaki), Georgetown (1 pasukan)
  8. MRSM Transkrian, Nibong Tebal (1 pasukan)
  9. MRSM Kepala Batas, Kepala Batas (2 pasukan)
  10. SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal (2 pasukan)
  11. SMK Seri Nibong, Nibong Tebal (1 pasukan)
  12. SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Jawi (1 pasukan)
Pertandingan Roket Air (22 pasukan):
  1. SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas (1 pasukan)
  2. SMJK Chung Ling, Georgetown (2 pasukan)
  3. SMK Bakti, Tasek Gelugor (1 pasukan)
  4. SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  5. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown (1 pasukan)
  6. SMK Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth (1 pasukan)
  7. SMK Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  8. SMK Penanti, Kubang Semang (1 pasukan)
  9. MRSM Balik Pulau, Balik Pulau (2 pasukan)
  10. SMJK Perempuan China, Georgetown (2 pasukan)
  11. SMKA Al Mashoor (Lelaki), Georgetown (1 pasukan)
  12. SMK Simpang Empat, Simpang Ampat (1 pasukan)
  13. MRSM Kepala Batas, Kepala Batas (2 pasukan)
  14. SMK Tasek, Simpang Ampat (1 pasukan)
  15. SMK Tinggi Bukit Mertajam, Bukit Mertajam (1 pasukan)
  16. SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal (2 pasukan)
  17. SMK Seri Nibong, Nibong Tebal (1 pasukan)
(click here to read the texts in English)

Read more...

Aturcara Program


Hari Pertandingan
Aturacara program pada hari pertandingan adalah seperti di bawah. Kami akan mengemaskini aturcara ini secepat mungkin di dalam blog ini sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadapnya. Lokasi program ini ialah di Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), Kampus Kejuruteraan USM Engineering Campus, seperti di dalam gambar di atas.

08:30 am – 09:00 am: Pendaftaran di PUMA
09:00 am – 09:30 am: Upacara Pembukaan dan Taklimat Pertandingan
09:30 am – 12:00 pm: Acara Pertandingan
10:30 am – 11:00 am: Sarapan Pagi
12:00 pm – 01:00 pm: Penilaian Program dan Upacara Penyampaian Hadiah
01:00 pm – 01:30 pm: Sesi Fotografi dan Makan Tengahari

Bengkel
Kami juga akan menjalankan satu bengkel "Bagaimana untuk Merekabentuk dan Membina Sebuah Pesawat Ruang Tertutup" kepada pasukan-pasukan sekolah yang akan menyertai pertandingan Pesawat Ruang Tertutup. Bengkel separuh-hari itu akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. Kami akan menyediakan bahan-bahan dan peralatan secara percuma kepada setiap pasukan untuk membina pesawat mereka sendiri di dalam bengkel ini. Aturcara bengkel adalah seperti berikut:

08:30 am – 09:00 am: Pendaftaran
09:00 am – 10.30 am: Teori: Sains Penerbangan
10.30 am – 11.00 am: Sarapan Pagi
11.00 am – 01:00 pm: Praktikal: Merekabentuk dan Membina Pesawat Ruang Tertutup
01:00 pm – 01:30 pm: Makan Tengahari

(click here to read the texts in English)

Read more...

Program Schedule


Competition Day
The schedule for the program on the competition day is provided below. We will update this agenda immediately in this blog if there is any changes to it. The venue of the event is at the Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), USM Engineering Campus, as shown in the picture above.

08:30 am – 09:00 am: Registration at PUMA
09:00 am – 09:30 am: Opening Ceremony and Competition Briefing
09:30 am – 12:00 pm: Competition Event
10.30 am – 11.00 am: Breakfast
12:00 pm – 01:00 pm: Program Assessment and Award Ceremony
01:00 pm – 01:30 pm: Photography Session and Lunch

Workshop
We will also run a workshop on "How to Design and Build an Indoor Flight Plane" for the school teams participating in the Indoor Flight competition. The half-day workshop will be held on Saturday, 23 August 2014, at the School of Aerospace Engineering, USM Engineering Campus, Nibong Tebal. We will provide free materials and kits to each school to build their own planes during this workshop. The workshop schedule is:

08:30 am – 09:00 am: Registration
09:00 am – 10.30 am: Theory: The Science of Flight
10.30 am – 11.00 am: Breakfast
11.00 am – 01:00 pm: Practical: Designing and Building an Indoor Flight Plane
01:00 pm – 01:30 pm: Lunch

(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

Pertandingan

June 10, 2014


Tiga pertandingan akan diadakan di AEROFAIR 2014: Pesawat Ruang Tertutup (Indoor Flight), Pemodelan Rangka Pesawat (Airframe Modeling), dan Pelancaran Roket (Rocket Launching). Hari Pertandingan akan dijalankan bermula 8.30 am hingga 1.30 pm pada Sabtu, 27/9/2014 di bangunan Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA). Hadiah-hadiah istimewa dan sijil-sijil akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang dalam setiap kategori.

Semua sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang dijemput untuk menghantar pasukan-pasukan terdiri dari 4 orang pelajar setiap pasukan untuk menyertai mana-mana pertandingan. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 boleh menyertai pertandingan-pertandingan ini dan setiap pasukan boleh terdiri daripada pelajar dari mana-mana Tingkatan. Setiap sekolah boleh menghantar sebanyak 2 pasukan untuk setiap pertandingan. Walaubagaimanapun, penyertaan setiap sekolah mungkin terpaksa dikurangkan sekiranya jumlah kesemua peserta di AEROFAIR 2014 melebihi 300 orang.

Maklumat tambahan disediakan di bawah bagi setiap pertandingan:
  1. Pesawat Ruang Tertutup: Satu pertandingan membina pesawat kecil dan ringan dibuat dari kayu balsa dan plastik pembungkus yang diterbangkan untuk mencapai masa penerbangan paling lama. Bagi pertandingan Pesawat Ruang Tertutup, kami akan mengadakan satu bengkel setengah hari pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, sebulan sebelum hari pertandingan.
  2. Pemodelan Rangka Pesawat: Satu pertandingan membina model rangka struktur pesawat menggunakan bahan-bahan murah dan/atau kitar-semula. (Pemenang AEROFAIR 2012: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika cantik pesawat Wright Brothers yang terkenal).
  3. Cabaran Roket Air: Satu pertandingan membina roket air yang dilancarkan menggunakan tekanan udara yang mendarat kembali menggunakan payung udara untuk mencapai penerbangan paling lama.
Gambar di bawah ialah pemenang AEROFAIR 2012 di dalam kategori Pemodelan Rangka Pesawat: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika mereka yang cantik bagi pesawat terkenal Wright Brothers.

(click here to read the texts in English)

Read more...

Pertandingan Pesawat Ruang Tertutup

June 9, 2014


Pengenalan
Pesawat ruang tertutup tergolong dalam kategori kapal terbang ringan yang dikuasakan oleh gelang getah dan diterbangkan tanpa menggunakan alat kawalan jauh. Salah satu tujuan penghasilan kapal terbang ini adalah untuk memaksimumkan masa penerbangan, dengan masa penerbangan selama 40 minit telah berjaya dicatatkan pada pertandingan peringkat antarabangsa. Kapal terbang ini dihasilkan menggunakan bahan yang murah dan ringan, kebiasaannya kayu balsa dan filem plastik nipis dan direka untuk terbang dalam bulatan. Gelang getah digunakan untuk memusingkan kipas seterusnya menggerakkan kapal terbang ke hadapan dan ke atas. Apabila kuasa pusingan gelang getah telah kurang, kapal terbang akan mula menurun. Untuk memaksimumkan masa penerbangan dalam kawasan yang terhad, kapal terbang biasanya direka untuk terbang dalam bulatan.

Sila lihat di bawah untuk video-video pesawat ruang tertutup:
  1. Japanese Indoor Aero Club
  2. Double Whammy Indoor Flight
  3. Japanese Indoor Flight and Flapping Wing
  4. Indoor Flight Competition in a US School
  5. F1D Aeromodelismo Indoor Flight
Laman-laman web di bawah pula menerangkan bagaimana untuk mereka dan membina pesawat ini:
  1. Science Olympiad Wright Stuff Event Construction Tips
  2. The Double Whammy Construction Article
  3. The Penny Plane Construction Article
  4. Build a Balsa Wood Rubber Band Model Airplane
  5. How to Build a Rubber Powered Model Airplane
  6. How to Make a Rubber Band Plane in 6 minutes
Anda boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai pesawat ruang tertutup secara umum dengan melayari enjin carian menggunakan kata kunci “Indoor Flight F1D”, atau membaca mengenainya menerusi laman Freeflight.org.

Bengkel
Bengkel separuh hari untuk Pesawat Ruang Tertutup akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, sebulan sebelum hari pertandingan. Maklumat lanjut berkenaan tarikh bengkel boleh di dapati di laman Aturcara Program. Sarapan pagi dan makan tengahari percuma akan disediakan kepada semua peserta.

Di bengkel tersebut, pelajar akan mempelajari asas sains penerbangan dan konsep asas untuk mereka pesawat ruang tertutup. Dalam waktu yang sama, demonstrasi proses pembinaan pesawat ini akan dilakukan dan para pelajar berpeluang menghasilkan sendiri beberapa bahagian pesawat mereka. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan bahan-bahan yang diperlukan (percuma) supaya pelajar dapat menghasilkan beberapa model pesawat sekembali ke sekolah masing-masing sebelum hari pertandingan.

Pertandingan
Pertandingan pesawat ruang tertutup akan dijalankan pada pagi Sabtu, 27/9/2014, di Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), USM Engineering Campus, dengan ruang sebesar 24m x 20m x 8m (ketinggian purata). Kriteria pertandingan yang akan dinilai adalah masa penerbangan maksimum, dikira dari mula penerbangan sehingga kapal terbang tersebut menyentuh lantai. Kumpulan yang mencatatkan masa penerbangan paling lama dikira sebagai pemenang. Setiap kumpulan dibenarkan membawa masuk seberapa banyak pesawat ruang tertutup ke dalam pertandingan, tetapi diberi hanya 3 kali percubaan penerbangan menggunakan mana-mana pesawat mereka untuk mendapatkan catatan masa penerbangan terbaik.

(click here to read the texts in English)

Read more...

Pengenalan kepada AEROFAIR 2014


Pengenalan
Program AEROFAIR USM 2014 anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAero) Universiti Sains Malaysia (USM) dibiayai oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Institut Pulau Pinang, di bawah agenda Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST). Di bawah agenda tersebut, beberapa program termasuk AEROFAIR 2014 dianjurkan untuk menggalakkan dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).Program AEROFAIR anjuran PPKAero USM telah dijalankan hampir setiap tahun seawal tahun 2006 dengan jumlah penyertaan yang besar daripada pelajar dan guru sekolah menengah seluruh Pulau Pinang.

Isu Nasional terhadap Pembelajaran Sains
Di Malaysia, masalah kurang minat pelajar terhadap bidang STEM semakin menjadi isu utama negara. Malaysia telah menyasarkan nisbah pengambilan pelajar sebanyak 60% aliran sains berbanding 40% aliran sastera. Namun kini, kira-kira 20% pelajar sahaja yang mengambil bidang sains semasa di Tingkatan 4 (contohnya, seperti yang dilaporkan oleh The New Straits Times pada November 2012 dan juga di dalam dokumen Malaysia Education Blueprint 2013-2025). Salah satu punca permasalahan ini adalah kerana kurangnya aktiviti-aktiviti yang dapat menimbulkan minat dan keseronokan untuk pelajar mempelajari dan menerokai ilmu sains di awal persekolahan menengah. Kajian yang telah dilakukan oleh Oon dan Subramaniam pada tahun 2011 menunjukkan bahawa pelajar menganggap subjek sains terutamanya fizik dan matematik sebagai bosan, susah, abstrak dan tidak relevan kepada dunia realiti. Usaha perlu dilipatgandakan bagi mengatasi masalah ini secara lestari.

Menggalakkan Sains Melalui Aktiviti-Aktiviti Sains Aeroangkasa
Untuk menangani masalah di atas, penganjuran AEROFAIR 2014 adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan subjek sains dan matematik menerusi penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti menyeronokkan berteraskan kejuruteraan aeroangkasa. Di PPK Aero, kami mempunyai peluang terbaik dalam menggalakkan pembelajaran subjek STEM kerana faktor “keseronokan” sains aeroangkasa itu sendiri yang memperlihatkan keterujaan masyarakat umum, khususnya para pelajar terhadap objek upaya terbang. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar akan lebih cenderung dan menghayati sains sekiranya mereka berpeluang melalukan aktiviti yang bersifat praktikal dan nyata semasa proses pembelajaran supaya mereka dapat “melihat” sains, bukan sekadar menghafal formula dan teori untuk menjawab peperiksaan. Inilah yang kami harapkan melalui penganjuran AEROFAIR 2014 - untuk melibatkan pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Tiga aktiviti dan pertandingan yang menjadi pengisian utama program telah dirancang – Pesawat Ruang Tertutup (Indoor Flight), Pemodelan Rangka Pesawat (Airframe Modeling), dan Cabaran Roket Air (Water Rocket Challenge).

Objektif Program
Program AEROFAIR 2014 mengandungi 3 objekti futama:
  1. Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui pembelajaran kendiri, kerja kumpulan dan pertandingan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sains aeroangkasa.
  2. Untuk menilai pendapat guru dan pelajar mengenai pembelajaran sains dan juga program AEROFAIR melalui kaji selidik dan tulisan esei.
  3. Untuk mengekalkan impak program menerusi penerbitan buletin pasca PPST agar dapat dikongsikan hasil dan pencapaian program kepada umum.
(click here to read the texts in English)

Read more...

Indoor Flight Competition


Introduction
Indoor Flight is a category of light-weight indoor planes powered by rubber bands and flown without any remote controls. The aim of building one of these planes is to maximize its flight time, with flight times ranging from 1 to 5 minutes for beginners, and achieving more than 40 minutes in international competitions. These planes are built from cheap and light materials, normally balsa woods and thin plastic films. The rubber band is used to rotate the propeller to thrust the plane forward and upward. Once the band looses its power, the plane begins to descend. To maximize the flight time within a confined area, the plane is typically designed to fly in circles.

Check out below for some videos of their graceful flights.
  1. Japanese Indoor Aero Club
  2. Double Whammy Indoor Flight
  3. Japanese Indoor Flight and Flapping Wing
  4. Indoor Flight Competition in a US School
  5. F1D Aeromodelismo Indoor Flight
These websites below explain how to design and build an indoor flight:
  1. Science Olympiad Wright Stuff Event Construction Tips
  2. The Double Whammy Construction Article
  3. The Penny Plane Construction Article
  4. Build a Balsa Wood Rubber Band Model Airplane
  5. How to Build a Rubber Powered Model Airplane
  6. How to Make a Rubber Band Plane in 6 minutes
You can learn more about indoor flight in general by searching for the term “Indoor Flight F1D”, or start reading about it from the Freeflight.org website.

Workshop
We will conduct a half-day workshop for the Indoor Flight competition on Saturday, 23 August 2014, a month before the competition. More details can be read in the Program Schedule page. Free breakfast and lunch will be provided for all participants.

During the workshop, students will learn about the basic science of flight and the basic concepts of designing an indoor plane. We will demonstrate the actual process of building an indoor plane and students will get to do hands-on activities to build some parts of their planes during the workshop. Each school will be given all the materials needed (for free) so they can design and build a few of their own planes at their schools before the competition.

Competition
The indoor flight competition will be conducted on the morning of Saturday, 27/9/2014, in the Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), USM Engineering Campus, with a space of 24m x 20m x 8m (average height). There is only one criteria to win this indoor flight competition: longest flight time, counted from the beginning of the flight until the plane touches the ground. Each team can enter any number of indoor planes into the competition, but can have a maximum of 3 flight trials using any planes they have to get the best flight time. (But the number of trials may be reduced depending on the number of entries for this competition).

(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

Competitions


There will be three competitions for this year’s AEROFAIR event: Indoor Flight, Airframe Modelling, and Rocket Launching. The competition event day will be held from 8.30 am to 1.30 pm on Saturday, 27/9/2014 at the Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA) building. Special prizes and certificates will be awarded to winners in each category.

All secondary schools in Pulau Pinang are invited to send teams of 4 students to enter any of these competitions. All students from Form 1 to Form 5 can participate in these competitions and each team can be made up of students from any Forms. Each school can send as many as 2 teams to apply to enter each competition. However, the entry per school may be reduced if the total number of applications exceed the maximum of 300 participants at AEROFAIR 2014.

Further details are given below for each competition:
  1. Indoor Flight: A competition to build small light-weight airplanes made from balsa-wood and plastic wrappers and fly to achieve the longest flight time. For the Indoor Flight competition, we will organize a half-day workshop on Saturday, 23 August 2014, a month before the competition day.
  2. Airframe Modeling: A competition to build skeletal models of airplane structures using cheap and/or reusable materials. (AEROFAIR 2012 winner: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang with their beautiful replica of the Wright Brothers’ famous airplane).
  3. Water Rocket Challenge: A competition to build water rockets launched with blasts from air pressure that parachute back to the ground to achieve the longest flight time.
The picture below is the winner of our AEROFAIR 2012 in the Airframe Modeling category: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang with their beautiful replica of the Wright Brothers’ famous airplane.

(klik di sini untuk membaca teks di dalam Bahasa Malaysia)

Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT

Back to TOP