AEROFAIR 2018

August 2, 2018

Pada kali ini, hasil dari kesinambungan Aerofair 2017, Aerofair 2018 akan menampilkan satu kelainan yang berbeza disamping menambah baik program yang lepas berkenaan dengan Kapal Terbang Kapal Jauh DIY. Jika pada sebelum ini, murid sekolah diajar untuk memasang kit kapal terbang sky surfer 1.4 meter wingspan, tetapi pada kali ini, murid akan diajar dan ditunjukkan cara untuk membuat dan menerbangkan kapal terbang DIY yang akan mereka buat sendiri.

Objektif untuk Aerofair 2018 pula adalah untuk membimbing dan membantu pelajar pelajar sekolah menengah di Seberang Perai Selatan untuk mengikuti aktiviti berkaitan STEM dalam bidang aeroangkasa. Tema yang dipilih ialah Merekabentuk dan Membina Pesawat Kawalan Jauh. 

4 buah sekolah yang terpilih pada kali ini ialah SMK Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchur, SMKA Nibong Tebal, SMK Simpang AMpat dan SMK Saujana Indah. 

Pelajar pelajar ini akan dibimbing untuk membina pesawat kawalan jauh menggunakan foam berdasarkan rekabentuk yang diberikan. Semua peralatan dan bahan aktiviti akan disediakan.


Di atas adalah pelan kapal terbang yang direka oleh Dr Norizham selaku pengarah projek untuk aerofair 2018. Ianya menampilkan kapal terbang kawalan jauh yang menggunakan sistem elektrik dan berkos rendah sesuai untuk digunakan oleh juruterbang rc yang baru menceburi bidang ini.


 Rekabentuk kapal terbang dari bahagian atas menampilkan dual vertical tail dan penggunaan elevon (elevator + aileron) untuk manuver.

Bahagian bawah pula adalah bahagian yang akan menempatkan sistem elektrik seperti ESC (Electronic Speed Controller) dan Motor elektrik untuk tujahan.

Berikut adalah sambungan mudah untuk bahagian elektronik yang akan digunakan untuk kapal erbang kawalan jauh kali ini.

Dan berikut merupakan cara carfa ringkas untuk menyiapkan kit kapal terbang USMAero Jet Mk 1. yang akan digunakan oleh pelajar nanti. Penggunaan hot glue yang berkos rendah membolehkan kapal terbang ini disiapkan dalam masa 1 jam. 

3 buah kapal terbang demo yang sudah diujiterbang di USM.

Penggunaan EPP tape merah dan kuning mengikut kreativiti 

Kuning ringkas untuk kapal terbang ini.

Di atas adalah 3 gambar kapal terbang RC yang telah siap diterbangkan dan ditampal EPP Tape untuk pewarnaan mengikut kreativiti masing masing. 

Read more...

Aerofair 2017 sampai kemuncaknya!

January 3, 2018

Pada tanggal 14 November 2017 yang lepas, Aktiviti 2 telah diadakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar dan sekolah yang telah kita berikan latihan dan kit kapal terbang sebelum ini. 

Satu taklimat ringkas dan ucapan selamat datang kepada guru dan murid yang hadir telah disampaikan oleh Pengarah Projek, Engr Mohamad Zihad Mahmud. Taklimat ini diadakan di Bilik Seminar, PPK Aeroangkasa, USM Kampus Kejuruteraan. 


Untuk aktiviti ini, acara yang akan diadakan adalah pembentangan berkumpulan berkenaan teori dan aktiviti yang telah dijalankan di sekolah masing masing. Kemudian mereka akan diuji dengan 2 senario di dalam simulator kapal terbang. Dan selepas itu penerbangan sebenar telah diadakan di Padang Kompleks Sukan Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan.

Pembentangan

Pembentangan pada pagi itu sangat menarik. Ketiga tiga buah sekolah yang hadir pada pagi ini menyampaikan teori berkenaan airfoil dan sistem kawalan kapal terbang dengan tepat. Pembentangan berkenaan berkenaan konsep bernoulli dan penggunaan sistem kawalan RC telah memberi pandangan bahawa mereka memahami konsep tersebut dari segi teori.

                                     

Selain itu mereka juga diberi masa untuk menerangkan kepada para juri berkenaan aktiviti keusahawanan yang telah dijalankan menggunakan kit yang diberi. Salah sebuah sekolah telah meraih RM85.00 di dalam aktiviti keusahawanan yang mereka jalankan. Aktiviti yang dijalankan ialah dengan menggunakan simulator yang diberikan dan menggunakannya untuk pengajaran kepada rakan mereka di sekolah semasa hari keusahawanan. Setiap rakan yang diberikan latihan dikenakan bayaran untuk setiap sesi. 





Simulator

Balloon Burst dan Bomb Drop adalah dua situasi yang diberikan kepada setiap sekolah. 1 orang pilot dan 1 orang co-pilot diberikan masa untuk meraih markah yang paling tinggi. 





Penerbangan Sebenar

Ini adalah satu momen yang dinanti nantikan oleh bukan sahaja peserta malahan penganjur sekali. Ini kerana setiap murid akan diberikan sesi terbang secara solo, take - off, loiter, dan landing di padang yang diberikan. Solo! Alhamdulillah, mereka dapat terbang dengan baik!

Sesi persiapan oleh setiap sekolah.



Terbang!





Gambar di bawah adalah gambar sebenar murid menerbangkan kapal terbang secara solo semasa sesi tersebut. Mereka diperlukan untuk membuat penerbangan dengan membuat bulatan berbentuk bujur sebanyak 3 kali bulatan. Seterusnya landing di padang dengan selamat.




Penerbangan menggunakan FPV

Dua sekolah telah berani menerima cabaran untuk menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan FPV. 


Sesi Penyampaian Hadiah

Berikut adalah pemenang untuk Aerofair 2017!

Tempat PERTAMA: SMKA Sheikh Abdullah Fahim
Tempat KEDUA: SMK Simpang Ampat.

Tempat Ketiga: SMK Tunku Abdul Rahman

Dan untuk setiap kategori:

Anugerah Penerbangan Terbaik: SMK Simpang Ampat
Anugerah Pembentangan Terbaik: SMK Tunku Abdul Rahman

Anugerah Simulator Terbaik: SMKA Sheikh Abdullah Fahim
Dengan ini berakhirlah AEROFAIR 2017. Semoga dengan pendekatan yang lebih dinamik pada kali ini, ditambah lagi dengan respon yang baik daripada peserta peserta dan guru, kami sangat berbangga dengan AEROFAIR 2017.

Jumpa lagi pada AEROFAIR 2018!

Read more...

Aerofair 2017: Aktiviti 2.

October 8, 2017

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kepada semua guru yang hadir ke sesi taklimat di PPD SPS pada 9 Oktober. Berikut adalah tutorial untuk pertandingan bahagian simulator. Tutorial ini akan memberikan cara untuk membuat penetapan di komputer anda sebagai latihan di kepada murid di sekolah serta sebagai persediaan untuk cabaran simulator pada 25 Oktober nanti.

1. Pertandingan Ballon Burst.

1. Lancarkan simulator 

2. Pilih Flying Field sebagai kawasan latihan

3. Pilih Kapal terbang SimProp LiftOff XS 

4. Pilih Menu - Competition - Balloon Bursting

5. Pilih Start High Score Mode 

6. Pilih Difficulty; Easy, Time; 3 minutes dan pilih Start

7. Terbangkan kapal terbang ini dan langgar belon belon ehingga tamat tempoh masa

8. Setelah tamat masa, markah anda adalah seperti yang tertera.

Bomb Drop Challenge


1. Pilih Kapal terbang ini, B-17 "Flying Fortress"

2. Pilih Menu - Competition - Bomb Drop.

3. Pilih START di Start High Score Mode.

4. Pilih Difficulty; Easy, Time; 5 minutes

5. Terbangkan kapal terbang anda dan berlegar di atas bulatan. Seterusnya gunakan suis CH5 GYR (Off - On) untuk melepaskan bomb. Bomb yang dilepaskan dan kena tepat pada sasaran berwarna merah akan mendapat markah yang tertinggi.

6.  Setelah tamat masa, markah anda adalah seperti yang tertera.
Semoga berjaya!

Read more...

Video penerbangan di SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal.

September 11, 2017

Assalamualaikum wbt.

Berjumpa kita lagi di ADC 2017. Pada kali ini, kami telah membuat satu inisatif merakam video untuk latihan penerbangan di SMKASAF Nibong Tebal Pulau Pinang. Tuan tuan boleh tonton video tersebut diawakan terus dari youtube (Aerospace DIscovery Centre 2017). Agak mendebarkan, tapi alhamdulillah pilot adalah terlatih dan dapat menerbangkan pesawat rc dengan baik samada secara LOS (line of sight) ataupun FPV (first person view).




Hasil dari penerbangan hari ini, kita dapat satu data di mana latihan simulator adalah penting untuk pilot membiasakan diri kepada penerbangan rc plane. Simulator di pc tidak mahal kosnya, tetapi ia dapat menyelamatkan kos pembaikan yang besar kepada rc plane tersebut.

Bertemu kita lagi di video seterusnya.

Wassalam.

Read more...

Aerofair 2017: Latihan Penerbangan di Sekolah

August 6, 2017

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Seperti yang telah ditetapkan, JK Aerofair dan Team ASRO telah hadir ke 4 buah sekolah ini untuk memberikan sesi demo, beserta latihan di sekolah masing masing. Ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka mempunyai keyakinan untuk menerbangkan kapal terbang yang mereka miliki di sekolah mereka dan mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan khususnya dalam bidang penerbangan.


SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal.

Sekolah pertama yang telah kami lawati adalah SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal. Diketuai oleh Cikgu Rosmawati dan 5 pelajar tingkatan 4, mereka telah bersedia menanti kami di sekolah mereka. Pada hari itu, kami berkesempatan untuk demo penerbangan di padang mereka dan sangat mengujakan guru dan pelajar. Impak ini yang sangat kita harapkan dimana hasil pemasangan kapal terbang yang mereka pasang dapat diterbangkan di padang sekolah mereka.


Persediaan sebelum diterbangkan di padang sekolah

Boleh tonton video penerbangan di sini


SMK Simpang Empat, Simpang Ampat. 

Hasil usaha Cikgu Firdaus, 5 orang pelajar yang tinggal di Asrama telah dipilih untuk menyertai program ini. Hasil dari komen guru bertugas, pelajar sangat aktif mengisi masa lapang dengan berlatih menggunakan simulator yang di bekalkan. Ini kerana simulator tersebut boleh membiasakan pelajar kepada penerbangan sebenar kapal terbang kawalan jauh yang mereka sudah sediakan.

Pelajar dan jurulatih dalam sesi latihan penerbangan 
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchor

Cikgu Isyraf dan Ustaz Sanusi adalah guru pembimbing untuk 5 orang pelajar dari sekolah tersebut. Mereka adalah guru yang sangt aktif dalam aktiviti ini malahan Ustaz juga adalah seorang penerbang RC kapal terbang dan drone. Cikgu Israf juga memiliki DJI Phantom 3 dan mahir dalam penerbangan drone sebagai mengisi masa lapang. 

Walaupun sekolah mereka ini terletak di antara kawasan yang agak sempit, tetapi mereka mempunyai padang yang luas dan dikelilingi oleh bangunan sekolah dan kuarters guru. Sesuai untuk penerbangan glider yang disediakan.

Menurut mereka, ini adalah pengalaman pertama mereka memiliki simulator penerbangan dan kapal terbang kawalan jauh sebagai aktiviti kepada pelajar di mana sekolah ini adalah sekolah harian. Aktiviti sebegini dimaklumkan sangat diminati oleh pelajar dimana mereka boleh mengisi masa terluang mereka untuk berlatih menerbangkan kapal terbang di simulator.

Semasa penerbangan, murid yang lain juga dapat melihat keadaan di udara dengan penggunaan google FPV.


Sesi latihan penerbangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Pulau Pinang.

Hasil kesungguhan daripada guru pembimbing Cikgu Zaifahmi, 2 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan telah menyertai aerofair 2017. Mereka ini adalah pelajar harian, dan sangat komited kepada aktiviti ini. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan tugas seperti contoh, seorang pelajar lelaki bertugas sebagai pilot, seorang pelajar perempuan sebagai pengurus bateri. Yang selebihnya ditugaskan sebagai mengawal kelengkapan FPV dan ground crew.

Di hari penerbangan di SMK Tasek.

Aktiviti pada pagi itu dimulai dengan penerangan dan kefahaman semula kepada pelajar berkenaan dengan kapal terbang. Bagaimana Control Surfaces bergerak dan mengubah tindakan kapal di udara. Selain itu juga tugas pilot dan ground crew untuk memastikan kapal terbang selamat di terbangkan.

Sesi troubleshoot untuk kapal terbang dan FPV.
Setelah itu, sama seperti sekolah sekolah yang sebelum ini, latihan penerbangan dijalankan di sekolah masing masing. Dua alat kawalan digunakan iaitu satu alat kawalan utama digunakan oleh Jurulatih manakala alat kawalan kedua digunakan oleh Pelatih.



En Zaim dan En Amir memberikan latihan penerbangan kepada pilot pelatih.

Penonton semasa latihan penerbangan
Sudah berakhirnya Julai 2017 maka semakin dekat kepada Oktober 2017. Di mana satu pertandingan akhir yang akan diadakan kembali di Universiti Sains Malaysia untuk menguji kebolehan pelajar dan sekolah ini dalam 3 perkara yang akan dipertandingkan iaitu Pembentangan, Simulator dan Penerbangan Sebenar. Sekolah manakah yang akan dinobatkan sebagai pemenang untuk Aerofair 2017 pada Oktober ini? Tunggu...

Pada tarikh ini juga, Page Facebook Aerospace Discovery Centre telah mencapai 81 followers sejak ianya mula dibuka pada 2 bulan yang lalu. Bilangan followers yang semakin meningkat dan dengan harapan semakin ramai followers khususnya di sekitar Nibong Tebal dan Seberang Perai Selatan. Kebanyakan followers adalah daripada pelajar, guru, warga USM dan persendirian yang mempunyai minat yang sama untuk mengikuti perkembangan kami.

Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT

Back to TOP