Aerofair 2017: Semakin Hampir

June 23, 2017

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tarikh untuk Aktiviti 1 sudah kita tetapkan pada 10 / 7 / 2017 (Isnin), yang akan diadakan di Hangar, PPK Aeroangkasa dan Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Berikut adalah tentatif pada hari berikut. Cikgu, murid dan sekolah terpilih boleh rujuk di sini untuk tentatif. (Segala perubahan akan diadakan di sini, oleh itu, boleh semak selalu ya!).

Hasil kerjasama dari Aerial System Robotic Team, kami juga telah menyediakan video pengenalan kepada peralatan yang akan kita kenali dan gunakan pada tarikh tersebut. Terdapat 3 video yang telah kami upload di youtube channel, subscribe! dan semua boleh tonton sebelum hadir pada tarikh Aktiviti 1 nanti. 

Moga bermanfaat kepada semua.



Trailer Aerospace Discovery Centre 2017



Video ini berkenaan pengenalan kepada kit skysurfer yang akan digunakan oleh semua sekolah untuk misi kali ini. Set Skysurfer ini adalah set Ready - To - Fly, oleh itu semua peralatan adalah lengkap. Ianya sangat mudah untuk dipasang, dan mudah untuk diselenggara. Pastikan semua ada Hot Glue Gun di sekolah masing masing untuk penyelenggaraan pada masa akan datang.




Video ini pula adalah berkenaan bekalan kuasa untuk RC Plane dan peralatan lain (FPV). Penggunaan bateri Lithium Polimer digunakan di sini kerana ianya menyimpan kuasa yang banyak tetapi ringan. 

Perkara yang perlu diambil berat selain yang diterangkan dalam video ini adalah seperti berikut:
  1. Bateri yang dibekalkan adalah di status Storage Mode - Untuk simpanan yang lama di stor.
  2. Bateri yang sudah dicas menggunakan balance mode, boleh digunakan tetapi sehingga kepada 3.7v untuk setiap sel. Lipo Checker akan dibekalkan dimana ianya akan berbunyi jika voltan bateri sudah mencapai tahap tersebut. Bateri ini tidak boleh digunakan sehingga 0 volt kerana ianya akan merosakkan bateri tersebut selama lamanya.
  3. Apabila bateri sudah dicas, pastikan ianya digunakan. Jika tidak digunakan sehingga lebih daripada 3 hari, pastikan cas ianya kepada storage mode semula.
  4. Pastikan anda tidak meninggalkan bateri semasa proses mengecas dan Simpan semua bateri di dalam tong besi untuk mengelakkan kemalangan bateri terbakar dan merosakkan harta benda anda.




Video seterusnya adalah berkenaan dengan penggunaan FPV (First Person View) yang melibatkan Goggle, FPV Camera dan Video Transmitter. Satu perkara yang perlu diingat ialah,  pastikan anda memasang cable yang diberikan betul dan mengikut seperti wayar berwarna yang disertakan. 

Jumpa anda semua nanti seperti tentatif berikut:

Tentatif
10/7/2017
Masa    Aktiviti Lokasi
7.30 am - 8.00 am    Pendaftaran Bilik Seminar, Hangar
8.00 am - 8.30 am    Taklimat Aktiviti Bilik Seminar, Hangar
8.30 am - 9.00 am    Sarapan Pagi Bilik Seminar, Hangar
9.00 am - 1.00 pm       
   Ground School + latihan Simulator RC +                Keselamatan
Bilik Seminar, Hangar
   Pemasangan RC Airplane + FPV Bilik Seminar, Hangar
1.00 pm - 2.30 pm    Solat dan Makan Tengahari Surau SERC dan Bilik Seminar, Hangar
2.30 pm - 4.30 pm    Latihan Penerbangan Kompleks Sukan
4.30 pm - 5.00 pm    Solat dan Minum petang Bilik Seminar, Hangar
5.00 pm    Tamat

Read more...

Aerofair 2017: Aerospace Discovery Centre 2017

May 30, 2017



PENDAHULUAN

Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, atau dikenali sebagai School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Penang Education Council dan Pihak Pengurusan Pusat Pengajian untuk menjalankan satu lagi siri Aerofair Outreach Program pada tahun ini. Seperti pada tahun tahun lepas, program ini masih lagi di biayai oleh Penang Education Council dan Universiti Sains Malaysia. Sebagai tambahan, program ini juga dijalankan dengan kerjasama yang sangat tinggi dari Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Tema pada tahun ini adalah "Aerospace Discovery Centre 2017" dimana dengan kerjasama Pusat Pengajian Aeroangkasa akan dapat menyokong usaha guru dan murid peringkat sekolah menengah ke arah penyebaran ilmu yang lebih meluas dan memberikan impak yang lebih konsisten dan lebih berdaya saing. 

Acara utama untuk program kali ini yang akan diadakan pada julai 2017 ialah


  • Aktiviti 1: Bengkel Sehari Memasang dan Menerbangkan Kit Kapal Terbang Kawalan Jauh yang akan diadakan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. 

  •  Aktiviti 2: Pertandingan Mini yang akan diadakan di lokasi yang sama.
(1) Peserta dari seluruh Negeri Pulau Pinang yang menyertai Aerofair yang lepas

OBJEKTIF:

AEROSPACE DISCOVERY CENTRE yang dimulakan pada julai tahun 2017 disasarkan akan menjadi satu Hab Perhubungan Utama untuk sekolah sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan khususnya yang berhampiran dengan lokasi kami di Nibong Tebal. Objektif pada kali ini dirancangkan lebih berbeza dan lebih mencabar dari segi impak yang mampan dan faedah jangka masa panjang yang lebih spesifik dan ditargetkan. 

Objektif utama pada kali ini ialah untuk menjadi mentor dan mengiring 4 buah sekolah menengah di sekitar Seberang Perai Selatan untuk membina satu aktiviti aeroangkasa yang mampan di sekolah berkenaan dengan satu bidang yang unik iaitu, bidang Kenderaan Tanpa Pemandu,atau lebih dikenali sebagai Unmanned Aerial Vehicle (UAVs). Disamping itu juga, satu ekosistem untuk aktiviti keusahawanan aeroangkasa di sekolah juga akan diwujudkan bersama. Aktiviti aeroangkasa ini yang akan melibatkan penerbangan kapal terbang kawalan jauh yang sebenar dan penerbangan kapal terbang kawalan jauh di simulasi kapal terbang, pemasangan kit kapal terbang dan penjanaan mikro ekonomi di peringkat sekolah.


(2) Banner Softcopy menggambarkan misi dan visi
Pada siri ini juga, kami mempunyai visi untuk menjadi satu hab yang akan mendokumenkan semua aktiviti yang melibatkan pelajar dan sekolah ke arah pelengkapan projek ini. Dokumen ini termasuk tetapi tidak terhad kepada memuatkan video  aktiviti ke dalam aerospace.eng YouTube Channel dan Aerospace Discovery Centre Youtube Channel dan memuat naikkan gambar gambar aktiviti di www.flyoutreach.com. Dari kaedah online ini kami mempunyai harapan tinggi supaya pelajar di bahagian Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dapat mendapat inspirasi hasil daripada kesuluruhan aktiviti ini dan boleh mendapat inspirasi untuk diaplikasikan di sekolah masing masing.

Kami juga secara eksklusifnya membuka ruang dan peluang kepada Kelab Aeroangkasa atau Unit Aeroangkasa yang ditubuhkan di 4 buah sekolah yang menyertai program Aerofair pada kali ini untuk hadir ke lokasi kami samada untuk mendapatkan nasihat atau mengadakan program interaksi bersama khususnya berkenaan Aeroangkasa dan berkenaan aktiviti utama untuk program ini. 

Aktiviti kali ini akan mengambil masa selama 2 acara iaitu acara satu hari penuh (melibatkan pembelajaran simulasi kapal terbang, pemasangan kit kapal terbang, penerbangan kapal terbang kawalan jauh dan penggunaan video secara langsung kepada juruterbang) dan selepas 3 bulan berikutnya, satu lagi acara setengah hari pertandingan mini. Dari sini, kami mensasarkan elemen kreatif, keyakinan, pembaikan dan pembelajaran kendiri khususnya dalam bidang aeroangkasa dapat diterapkan disamping elemen keusahawanan aeroangkasa yang akan dimentorkan sepanjang program ini berlangsung.


OBJEKTIF JANGKA MASA PANJANG:

Sebagai sebuah negara yang meningkat maju, beberapa perkara penting akan diterapkan seperti berikut:

i) Pembelajaran Kendiri: Kepelbagaian maklumat kini adalah di hujung jari. Gunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan dengan menyelidik (explore)  perkara yang kita minati khususnya anda yang minat kepada bidang aeroangkasa seperti kami!. Kami juga terdiri daripada Staf Akademik, Staf Teknikal dan Pelajar PPK Aeroangkasa di mana kami sangat bermotivasi untuk membantu pelajar untuk berinteraksi lebih mendalam berkenaan aeroangkasa samada secara online mahupun offline dengan kami di Universiti Sains Malaysia. (#aerousm).

ii) Aplikasi Teori: Teori boleh difahami melalui latihan dan pembelajaran daripada mentor yang berpengetahuan. Sebuah kapal terbang RC akan membolehkan anda untuk mempunyai pengalaman di bidang aeroangkasa pada masa hadapan. Manakala, penyelenggaraan dan menerbangkan sebuah kapal terbang RC akan memberikan anda satu pengalaman yang menarik kepada apa yang dialami oleh Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang dan Seorang Juruterbang pada masa ini. 

iii) Ke arah aplikasi sebenar: Unmanned Aerial Vehicle (UAV) pada tahun ini (2017) sedang meningkat dengan pesat melalui Aerospace Malaysian Blueprint Towards 2030. Kapal Terbang RC adalah asas kepada bidang ini. Cuba search di internet sekarang: Aerodyne Malaysia. Apakah hasil pencarian anda? Memberangsangkan bukan!

iv) Bahasa Inggeris: Kejuruteraan Aeroangkasa menggunakan bahasa pengantaraan bahasa inggeris sebagai asas perhubungan dari peringkat pembuatan sehingga kepada peringkat penerbangan. Dengan menjalani aktiviti ini, seterusnya penglibatan dalam penyelidikan informasi di internet yang kebanyakannya adalah bahasa inggeris akan membolehkan peserta fasih di dalam bahasa inggeris.

v) Peluang kerjasama: Satu situasi yang boleh meningkatkan minat pelajar adalah melalui perkongsian minat dan interaksi sesama pelajar. Dari sini, pada tahun ini kami telah menubuhkan satu Facebook Group Community: Aerospace Discovery Centre 2017 yang akan dioperasikan oleh saya sendiri sebagai admin. Setiap murid dan guru (peserta atau bukan peserta) boleh menyertai group ini dan menjadi ahli secara sukarela. Semua posting dan komen akan dibolehkan dan dibuka kepada semua ahli kumpulan ini. Kami tidak menjanjikan semua jawapan daripada kami tapi ahli kumpulan yang lain juga boleh memberikan jawapan dan komen untuk membolehkan sesi pembelajaran itu terhasil secara online. Penggunaan #forpenang hasil singkatan daripada flyoutreachpenang dibolehkan kepada semua dan apa jua jenis posting khususnya yang berkenaan dengan aeroangkasa. Selain daripada blog ini yang lebih rasmi, peserta juga boleh menggunakan instagram, google+ dengan menyertakan #forpenang sebagai satu penjenamaan komuniti ini. Menarik bukan! Tunggu pengumuman untuk admin untuk membuat live video di Facebook pada tarikh tarikh yang akan dimaklumi kelak untuk anda semua melihat aktiviti ini secara langsung dari telefon pintar anda!

(3) Facebook Group Community: Aerospace Discovery Centre 2017


KIT KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH "DO-IT-YOURSELF"

Aktiviti utama untuk Aerospace Discovery Centre adalah Kapal Terbang Kawalan Jauh. Sebagai permulaan, tahun ini kami telah buka peluang kepada 4 buah sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan dan akan dibuka kepada lebih banyak sekolah pada masa akan datang. Kapal Terbang Kawalan Jauh ini akan dijadikan sebagai pendedahan utama berkenaan elemen, pemanduan, pemasangan dan pembaikan kapal terbang.

(4) Kit kapal terbang untuk setiap kumpulan peserta (Skysurfer Glider)
Sebagai peserta, elemen ini akan menghubungkan kepada cita cita anda sebagai peserta, cita cita anak murid anda, yang mana lebih cenderung kepada bidang aeroangkasa seperti pendidik aeroangkasa, juruterbang komersil, jurutera aeroangkasa, jurutera penyelenggaraan, juruteknik kapal terbang dan penyelia aeroangkasa seperti "Air Traffic Controller".

Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.

Aktiviti 1 adalah Bengkel Sehari Memasang dan Menerbangkan Kit Kapal Terbang Kawalan Jauh. Selepas habis sehari bengkel, murid dijangkakan akan terbangkan kapal terbang di padang sekolah masing masing dan insyaALLAH akan menarik minat kawan kawan murid yang lain. Kemudiannya kawan kawan yang berminat tadi boleh belajar simulator kapal terbang bersama pilot yang dilatih pada Aktiviti 1 dengan membuka booth semasa hari terbuka atau hari kantin. Kemahiran ini juga boleh disampaikan kepada komuniti lain melalui aktiviti aktiviti inisiatif murid dan guru sendiri.
(5) Sebuah kapal terbang kawalan jauh yang sudah disiapkan

Manakala pada Aktiviti 2, kita akan mengadakan satu pertandingan mini di USM berkenaan dengan penerbangan kapal terbang di padang kami dengan bersaing dengan sekolah yang lain. Di sini, pembentangan berkenaan keuntungan yang didapati dari mikro ekonomi juga akan dibentangkan melalui pembentangan mini serta cabaran simulator akan diadakan pada hari yang sama.

Terhempas? Kami juga menjangkakan untuk kapal terbang ini terhempas semasa penerbangan oleh murid, oleh itu, murid perlu usaha untuk membaiki kapal terbang tersebut. Di sini, murid boleh berhubung dengan kami samada di Facebook Aerospace Discovery Centre atau datang terus ke USM.

Dari sini, dua perkara yang penting untuk hala tuju ini berjaya dan mencapai objektif yang kami gariskan kepada setiap sekolah ialah:

1. Bahan pembelajaran yang mencukupi dibekalkan kepada semua sekolah yang menyertai program Aerofair 2017 untuk mereka belajar dan faham berkenaan "Basic Science of Flight", teknik yang praktikal untuk pemasangan kapal terbang, penerbangan dan pembaikan kapal terbang ini.

2. Mentor dan bantuan daripada guru dan kami dari USM untuk membantu peserta dalam pembelajaran mereka khususnya untuk pertandingan mini tetapi tidak terhad kepada itu.
(6) Salah satu daripda objektif yang akan dicapai oleh peserta pada kali ini.

PESERTA

Kami telah menetapkan untuk 4 kumpulan yang proaktif dan sesuai dengan keperluan teknikal penerbangan untuk menyertai aktiviti kali ini. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 5 orang murid dan 1 orang guru sebagai penasihat sains yang bermotivasi tinggi. Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan akan memaklumkan kepada sekolah sekolah unik ini yang terpilih dalam masa terdekat.

Kita akan teruskan dengan pemakluman kepada semua berkenaan aktiviti aerospace outreach ini di dalam posting akan datang! Tunggu!

8/6/2017 (PEMILIHAN 4 SEKOLAH)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk hari yang indah di bulan ramadhan ini.
Sepagi tadi selesai perbincangan dan penamaan 4 sekolah menengah yang terpilih untuk menyertai program Aerofair 2017 bersama pihak PPD Seberang Perai Selatan.

(7) Perbincangan bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan pada 8 jun 2017
Seterusnya, 4 buah sekolah ini akan dimaklumkan oleh PPDSPS dan satu perjumpaan tertutup akan diadakan pada minggu hadapan (15 Jun 2017) khusus untuk guru guru pengiring sekolah yang terpilih di PPD Seberang Perai Selatan.
Penerangan berkenaan misi, visi, sains dan keusahawanan kepada guru berkenaan Aerospace Discovery Centre 2017 akan dibentangkan secara terperinci oleh pihak kami.


(8) Kumpulan penggerak jalinan usahasama Aerospace DIscovery Centre 2017 dan PPD Seberang Perai Selatan
Terima kasih kepada Cikgu Waziri (Ketua Unit Bahagian Pembangunan Kemanusiaan), Cikgu Fatin Nadzirah, Cikgu Anuar, Cikgu Fahmi dan Encik Amir dari PPK Aeroangkasa kerana usahasama ini.

15/6/2017 (4 SEKOLAH YANG TERPILIH ADALAH)

Pada tarikh ini, satu taklimat telah diadakan kepada wakil guru dan sekolah yang telah terpilih untuk menyertai program Aerofair 2017. Senarai 4 sekolah yang telah terpilih untuk menyertai program aerofair 2017 adalah:

1. SMK SIMPANG EMPAT

2. SMK TUANKU ABDUL RAHMAN

3. SMK TASEK

4. SMK AGAMA SYEIKH ABDULLAH FAHIM

Tahniah diucapkan kepada 4 sekolah ini yang terpilih untuk bersama kita pada program kali ini. Guru guru yang telah hadir untuk mendengar taklimat daripada saya selaku ketua projek ialah:

1. Cikgu Mohd Firdaus Mohd Hasnu (SMK SIMPANG EMPAT)

2. Cikgu Isyraf Abdul Rahman  (SMK TUANKU ABDUL RAHMAN)

3. Cikgu Mohd Zaifahmi Zainol (SMK TASEK)

4. Cikgu Rosmawati Ahmad (SMK AGAMA SHEIKH ABDULLAH FAHIM)

Hasil dari penerangan tersebut, semua sekolah dapat memahami misi dan visi Aerofair 2017 pada kali ini. Selepas ini kita akan dapat penyertaan daripada  murid ke dalam komuniti Aerospace Discovery Centre 2017 di facebook.

Terima kasih kepada Cikgu Fatin Nadzirah dan Cikgu Mohd Fahmi dari PPD SPS kerana membantu pengurusan tempat dan panggilan kepada guru terlibat. Tidak lupa juga kepada En Amir dan En Shukri yang telah membantu dari segi teknikal dan Q&A sepanjang sepagi taklimat kepada hadirin terlibat.

Terima kasih. Wassalam.


(9) Sesi bergambar bersama guru dan staf terlibat

20/6/2017 (TERIMA KASIH PENANG EDUCATION COUNCIL C/O PENANG INSTITUTE)


Dengan dana yang diberikan oleh Penang Education Council, pihak pembekal telah dapat menguruskan pembelian kelengkapan untuk Aerofair 2017 kali ini. Gambar gambar di bawah adalah keseluruhan peralatan yang akan digunakan untuk pengajaran penggunaan simulator, penerbangan rc plane dan penerbangan fpv.


(10) Video transmitter 5.8 ghz 600 mw dan FPV Camera untuk dipasang kepada Kapal Terbang RC yang akan memberikan pandangan aerial yang menarik dari udara

(11) Charger bateri Lithium Polymer untuk ketiga tiga bateri (Skysurfer, FPV dan Remote Control)

(12) Goggles VR007 untuk digunakan oleh murid semasa penerbangan kapal terbang atau sebagai view kepada rakan.


(13) Simulator rc

(14) Set Skysurfer berwarna merah dan biru

(15) Sesuai untuk fliers baru

(16) Tahniah kepada 4 buah sekolah yang terpilih



Ditulis oleh:




Engr Zihad Mahmud

Pengarah Projek
Aerofair 2017: Aerospace Discovery Centre 2017

Read more...

AEROFAIR 2016 Video

March 12, 2017



This is a short video made for the AEROFAIR 2016 outreach event organized by the School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia. You can read more about the event here. Thanks to Muhammad Addin Hassan, our 3rd year student at the School of Aerospace Engineering (SAE) USM, for the design and the editing of the video.

Read more...

AEROFAIR 2016: Final Report

October 13, 2016

We have produced a final report after the completion of the AEROFAIR 2016 program to document the overall process of realizing the program from conception to implementation. You can obtain a PDF copy of the AEROFAIR 2016 Final Report here for detailed information on the planning and implementation of this program, the list of its team of organizers and facilitators, and the names of the secondary schools participated in this program.

Please refer to this post for other information and photos during the AEROFAIR 2016 Competition Day.

The cover page and the Table of Contents of the report are shown below.

Read more...

AEROFAIR 2016: Post-Event

September 28, 2016


The Competition Day of the AEROFAIR 2016 Program, with the theme "Promoting Aerospace Science and Activities in Secondary Schools", has been successfully completed on Saturday, 24/9/2016, marking the completion of this program for this year.

All of the participants from 19 secondary schools in Penang who applied into this program attended the event. The total number of participants were 35 teachers and 186 students. The event was organized by 26 staffs and 49 student volunteers from the School of Aerospace Engineering, USM. The Competition Day event was officiated by Tn. Hj. Zulkafli Kamaruddin, as the Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri.

Highlights of the AEROFAIR 2016 program can be read in the following posts (more information will be updated soon):
  1. AEROFAIR 2016 Competition Day: results and photos
  2. AEROFAIR 2016 Briefing Day: information and photos
  3. Videos by secondary schools for the Multimedia Competition
  4. An article on the AEROFAIR project

Through this AEROFAIR 2016 program, the participants were able to bring the aerospace science and activities to their own schools. This allowed them to expand the impact of this program to other students as well, who were not involved directly with the AEROFAIR program.

Such a case was evident especially for SMK Simpang Empat, seen through their submitted video for the Multimedia Competition, where the participating teachers and students had organized a series of seminars and workshops to teach other students from their school as well as those from the neighboring schools about their aerospace activities. The submitted videos from other schools have similarly shown thorough learning process experienced by their students.

The next challenges of our AEROFAIR outreach program are on how to improve the flying vehicles used as platforms of outreach, to scale-up the impact to more students and schools, and to replicate the exemplary actions of the schools above to other schools, in terms of their ability to engage other students through a culture of sharing and continuous learning at the school level.

Shown above is the group photo of the participants, the organizers, and the officers from supporting institutions, taken after the officiating ceremony in the morning. The group photo of the organizing committee members is shown below, taken after the end of the event in the afternoon.

For more photos of the event during the AEROFAIR 2016 Competition Day, please visit this photo album.



Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT

Back to TOP